Anak Warisan Dikir Afzan " SRI PAWANA "

Anak Warisan Dikir Afzan - Sri Pawana - ditubuhakan pada 16 Mei seramai 26 orang ahli, 2 juara, 5 pemain alat dan 19 awok-awok bersempena sambutan hari guru di IPGM TAA di bawah Persatuan Siswabudaya IPGM TAA

Wednesday, July 22, 2009

Alatan Muzik Dikir Barat


Rebana Ibu Dan AnakRebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu.Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya.



Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu. manakala bunyi yang dihasilkan adalah lebih nyaring. cara permaianannyer adalah secara meningkah rebana ibu dan dimainkan dengan cepat.




Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut ditengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya. Nada bagi gong ini adalah bernada G. gong juga selalunyer dihiaskan dengan peyandang kayu yang diukir dengan nama kumpulan begitu juga pada gong itu sendiri supaya menampakkan identiti kumpulan dikir tersebut.


canang selalunyer dimainkan oleh tok juara atau tukang karut ketika salah seorang daripada mereka sedang menyanyikan lagu terbabit. sesetengah kumpulan dikir mengunakan 1 hingga 2 canang agar mendapatkan bunyi yang lebih harmoni.

Marakas,Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.




Pakaian Didalam permainan Dikir Barat di Kelantan yang berasal dari Selatan Siam itu tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh Juara, Tukang Karut dan awak-awak. Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini ialah permainan rakyat biasa dikawasan sawah-sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemas dengan dastanya sekali.

No comments:

Post a Comment