Anak Warisan Dikir Afzan " SRI PAWANA "

Anak Warisan Dikir Afzan - Sri Pawana - ditubuhakan pada 16 Mei seramai 26 orang ahli, 2 juara, 5 pemain alat dan 19 awok-awok bersempena sambutan hari guru di IPGM TAA di bawah Persatuan Siswabudaya IPGM TAA

Wednesday, July 22, 2009

Pembuka Tirai





Pengenalan

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan . Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar.Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun dipertandingankan.

Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat semasa musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalu diadakan oleh Persatuan-Persatuan Belia tempatan, badan-badan Kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dalam persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu, "Dikir" dan "Pantun" atau "Dikir" dan "Karut". Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi "Dikir Barat", "Dikir Karut", "Dikir Pantun" dan "Dikir Syair" adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Siam dengan Dikir Karut.

Alatan Muzik Dikir Barat


Rebana Ibu Dan AnakRebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu.Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya.



Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu. manakala bunyi yang dihasilkan adalah lebih nyaring. cara permaianannyer adalah secara meningkah rebana ibu dan dimainkan dengan cepat.




Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut ditengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya. Nada bagi gong ini adalah bernada G. gong juga selalunyer dihiaskan dengan peyandang kayu yang diukir dengan nama kumpulan begitu juga pada gong itu sendiri supaya menampakkan identiti kumpulan dikir tersebut.


canang selalunyer dimainkan oleh tok juara atau tukang karut ketika salah seorang daripada mereka sedang menyanyikan lagu terbabit. sesetengah kumpulan dikir mengunakan 1 hingga 2 canang agar mendapatkan bunyi yang lebih harmoni.

Marakas,Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.




Pakaian Didalam permainan Dikir Barat di Kelantan yang berasal dari Selatan Siam itu tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh Juara, Tukang Karut dan awak-awak. Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini ialah permainan rakyat biasa dikawasan sawah-sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemas dengan dastanya sekali.

Monday, July 20, 2009

Cadangan @ pendapat

jika ader silalah bagi yer.. ape2 berkaitan dengan dikir barat..
ape2 jer.. nak blaja ker ape2 just bgtau la k

Saturday, July 18, 2009

Malam Persembahan Sempena MPPB Ambilan Julai 2009





haa.. tu dio.. puak2 kawe dok ngilo atas petah blako2 tuh.. bokok, melambai, melocat, melatoh ado blako.. kawe kreng siap malam tuh.. latihan kuat sangat.. hehehe.. kene guna bahasa baku nnt ada orang xfaham pulak...huhu

Tuesday, July 14, 2009

Latihan dikir Sempena adik2 Afzan masuks

sek2 ngulai nungu air.. time rehat dulu...




ni la geng awak2 sri pawana.. xcekak doh blako. blatih tgh male tu gak.. maktab ni bz banyok.. hoho



hok ni sek2 main alat.. kimi main gong gamelan kok blake.. sebab gong maktab ni kene make ko semut. jadi nipis xbunyi kod G doh..

Monday, July 13, 2009

Ropi & Aqua – Payoh Buleh Bini

Apo la wei nasib malenyo menimpo diri

rama doh kekasih satu pun tok leh wat bini

jiwo raso sakit ogre pakat dok mengayin

saing adik bradik mano ado sekeliling


gewe hok pertama kenale baru di radio

keh minat ko soro kawe terus ambik nombor

belum lagi jumpo slalu mintak kredit sokmo

dio nok ko bendo baso jenis pisa cukur


gewe hok kedua orge kayo banyak harto

dudok nak bergaya xleh nak kiro becaro

saloh tegur dio mula ungkit sapa ko bako

lagu ni gak nayo mugo kita xdok sekaro


gewe hok ketigo tino dok di gua muse

kito ni gak setio xdok nyo doh lain orge

tentu anak daro rupo-rupo nyo dok buje

tak rok ku nak pero anak dio ado smile


gewe hok keempat kuat pulok cemburu buto

asalnyoh di tumpat mak dio ni toke lakso

kawe keno tambat srupo dengan lembu kudo

tak leh kijo buat dok nalipon tiap maso


buke ku memilih tino hok comenyo rupa

asal sedak kelih ado pulok budi bahaso

tino hok ku bulih tak keno nga cito rasa

nak wat bini tak leh tak pade nga taraf kito