Anak Warisan Dikir Afzan " SRI PAWANA "

Anak Warisan Dikir Afzan - Sri Pawana - ditubuhakan pada 16 Mei seramai 26 orang ahli, 2 juara, 5 pemain alat dan 19 awok-awok bersempena sambutan hari guru di IPGM TAA di bawah Persatuan Siswabudaya IPGM TAA

Wednesday, July 22, 2009

Pembuka Tirai





Pengenalan

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan . Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar.Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun dipertandingankan.

Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat semasa musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalu diadakan oleh Persatuan-Persatuan Belia tempatan, badan-badan Kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dalam persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu, "Dikir" dan "Pantun" atau "Dikir" dan "Karut". Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi "Dikir Barat", "Dikir Karut", "Dikir Pantun" dan "Dikir Syair" adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Siam dengan Dikir Karut.

No comments:

Post a Comment